TAMU BESAR KOTA BELUD

9 April 2014 Tinggalkan komen

Tamu adalah pasar yang di adakan di Tanah lapang dan Tamu Kota Belud merupakan tamu yang terbesar di Sabah. Di ketika ini, para petani, nelayan dan peniaga peniaga kecil akan mempamerkan hasil hasil mereka yang terbaik untuk di jual kepada orang ramai dan juga pelawat.

     Tamu besar Kota Belud adalah acara tahunan. Ia memperkenalkan keunikan adat dan budaya kaum Bajau. Di ketika ini, semua kaum akan tampil berpakaian baju tradisi kaum masing-masing selama tiga hari yang penuh dengan persembahan kebudayaan yang gilang gemilang. Kaum Bajau akan membuat perbarisan besar besaran bersama kuda kuda yang dihias dengan baju baju tradisi. Kemudian para penunggang kuda ini akan membuat pertunjukan tentang kehebatan mereka dalam meuunggang kuda. Selain dari membeli dan menjual seperti lazimnya, aktiviti yang lain adalah pameran hasil hasil tanaman dan ternakan.

        Para pelawat tentu akan merasa bahawa persembahan pakaian tradisi, tarian, musik dan upacara upacara yang di adakan adalah satu pengalaman yang unik dan yang memberi daya tarikan yang hebat kepada mereka yang datang dari komuniti yang lain atau yang hidup dalam perjalanan pantas kehidupan di kota.

Advertisements

Yb Kadamaian Keluar PKR

30 November 2013 1 komen

KOTA BELUD:  Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Jeremmy Malajad hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi wakil Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Jeremmy yang juga Ketua Penerangan PKR Sabah berkata perkara itu berkuat kuasa hari ini.

Beliau yang disertai oleh kira-kira 50 bekas pemimpin PKR Kadamaian berkata demikian dalam sidang media, di sini.

Menurutnya keputusan beliau keluar daripada PKR adalah bagi memenuhi harapan rakyat di kawasannya yang mahukan pembangunan.

“Sebagai wakil rakyat yang baru dipilih oleh rakyat, saya sedar tentang harapan tinggi rakyat di kawasan yang saya wakili untuk melihat perubahan dalam bidang pembangunan khususnya kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, klinik desa dan banyak lagi pembangunan luar bandar yang menjadi isu semasa yang sentiasa dilaung-laungkan masyarakat Kadamaian,” katanya.

Jeremmy berkata kejayaan BN menangani pelbagai isu yang dibangkitkan di negeri itu semasa pilihan raya umum ke-13 membuatkan beliau meneliti semula kedudukannya sebagai wakil rakyat PKR.

Saya sudah berjanji untuk menjadi wakil rakyat terbaik dalam memberi sumbangan dan khidmat yang diperlukan oleh rakyat, dan saya percaya rakyat di Sabah semakin yakin dengan pendekatan dan kesungguhan kerajaan BN dalam menyelesaikan isu berbangkit, katanya.

Sambil menyatakan komitmennya tidak berubah dalam membantu rakyat di kawasannya, Jeremmy berkata beliau mahu terlibat secara langsung bagi merealisasikan pelbagai program transformasi yang dilaksana oleh kerajaan BN.

Dalam pilihan raya umum lepas, Jeremmy memperoleh 5,877 undi berbanding penyandang Timbon@Herbert Langadan daripada BN yang menerima 4,988 undi dalam pertandingan empat penjuru.

– Bernama

Latar Belakang Kota Belud

31 Julai 2013 1 komen

Daerah Kota Belud terletak di Pantai Barat Utara Negeri Sabah, adalah di unjuran kaki Gunung Kinabalu – gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, mengarah ke Utara dan lembahnya dibatasi Laut Cina Selatan.

Daerah Kota Belud mempunyai keluasan 1,385.6 km persegi dan terdiri daripada 168 buah kampung. Ia belum lagi termasuk Pekan Nabalu yang kini telah diletakkan dibawah pentadbiran daerah Kota Belud dan di dalam kawasan perkadaran Majlis Daerah Kota Belud.

Daerah Kota Belud dikelililingi beberapa daerah lain yang bersempadan dengannya, seperti Tuaran, Kota Marudu dan Ranau. Kedudukan daerah Kota Belud yang strategik, menjadi persinggahan utama ke daerah-daerah di Bahagian Pantai Barat Utara, seperti Kota Marudu, Pitas, Matunggong, Banggi dan Kudat. Dengan sempurnanya By-pass Kota Belud / Ranau yang melalui di Kawasan N.7 Kadamaian, telah memendekkan dan memberi keselesaan perjalanan ke Ranau tanpa bersusah payah melalui daerah Tuaran mahupun Tamparuli.

Petikan asal bahasa Kaum Bajau. KOTA bermakna KUBU PERTAHANAN, danBELUD bermakna BUKIT. Makanya, Kota Belud diertikan sebagai KUBU PERTAHANAN DI ATAS BUKIT.

Menurut cerita dari mulut ke mulut, bahawa pada zaman silam, sebelum adanya badan pemerintah, sering berlaku permusuhan antara kaum dan antara kampung.  Demi memperkukuhkan pertahanan masing-masing, mereka terpaksa mencari tempat untuk bertahan daripada serangan musuh.  Justeru itu, kaum Bajau telah memilih sebuah bukit sebagai kota (kubu) mereka, dan kubu pertahanan itu,  dikenali sebagai Kota Belud.   Setelah tibanya zaman pemerintah dan berlaku pembahagian daerah di Negeri Sabah, maka daerah ini dikenali dengan rasminya sebagai daerah Kota Belud.    Sejak itu, bukit tersebut yang juga dikenali sebagai Bukit Perintah,   telah dibangunkan sebagai Pusat Pentadbiran daerah dan sehingga kini menempatkan beberapa bangunan kerajaan lain, termasuklah bangunan rumah bekas Pegawai Daerah, yang kini telah dijadikan   sebahagian dalam kawasan Rekreasi Taman Tun Said.

Image

Taufan mini melanda Gansurai

17 Ogos 2011 Tinggalkan komen

Taufan mini melanda kampung Gansurai. Dengan kelajuan sekitar 80-90km/j mampu menumbangkan pokok rambutan dan mematahkan dahan pokok getah. Kejadian sekitar 4pm menyebabkan bekalan elektrik terputus. Pokok yang tumbang menghempap dawai elektrik di jalan gansurai-tinata dan menyebabkan litar pintas.

Pasal Tidak mau kalah

12 Ogos 2011 1 komen

sebuah kapal laut belayar kesebuah tempat,ada 3 orang berlainan negara sedang berdiri di balkoni kapal itu.

jadi seorang dari New Zealand sedang makan buah epal..dia baru makan sikit terus tu buah epal dia buang kelaut..”aiii…kenapa kamu buang buah epal tu?belum habis kamu da buang?” tegur orang yang berdiri d sebelahnya yang berasal dari sabah..org new zealand tu menjawab “ooo..di negara saya ada banyak buah epal”

orang sabah tu melihat orang dari london sedang merokok…baru 2 kali sedut rokok itu dibuangnya kelaut..”aiii ko lagi baru 2 kali sedut tu rokok ko da buang…kenapa ko buang tu rokok???” tanya org dr sabah tu.. “ko tidak tau ka?di negara sia ada banyak rokok” jawab org dr London tu..

Jadi org dari sabah ni inda mau kalah dgn tu dua orang..naa ngam2 ada budak filipina di sebelah dia…naaa terus dia angkatnya tu budak dan di buangnya kelaut.
“adehhh kenapa ko buang tu budak ke laut ooo???” serentak tu org london dan org new zealand menanya. “kamu tidak tau kah di negara sia ada banyak budak filipin”

Muka si babi

12 Ogos 2011 Tinggalkan komen

dalam sebuah hutan tinggal la berbagai-bagai jenis binatang.. dalam banyak-banyak binatang ni ada dua sahabat y paling rapat iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau..

Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan,
babi : Eish, sa boring ow..kau tidak boring kah kerbau??
Kerbau :boring jg.. Kau pikir apa y patut kita buat ahh supya kta x boring?
babi : aha.. kn bagus klu kita melukis..sa lukis muka ko,pas2 ko lukis la blik muka sa..
Kerbau : yakan.. bagus jg.. bah mula2 ko lukis dulu muka sa..baru sa lukis muka ko..
babi : Ok. kau duduk diam2..

5 minit kemudian

babi : Hah, siap suda..
Kerbau : Wa lawa oww ko lukis..ok skg sa pula y lukis muka ko..duduk diam2..

maka anak kerbau pun lukis la muka anak babi..

5 minit kemudian

Kerbau : Nah siap da sa lukis muka ko y lawa ni..
anak babi tiba2 jadi marah.. muka jadi pucat ada merah2 sikit..hidung pon jadi kembang..
babi: kerbau !! apa y ko lukis ni !!
Kerbau : aik..btl la apa y sa lukis 2 ( kerbau pon x puas hati )
babi : ni bukan muka saya !!! ni muka babi !!

Koboi Kampung

12 Ogos 2011 Tinggalkan komen

Cerita dulu2 tahun 80an di keningau…
Semua orang kampong yg memiliki senapang patah yg ada lesen (ginsok tidak masuk) perlu renew lesen senapang mereka setiap tahun…tidak hairan la masa 80an dan 90an di keningau hujung tahun masam pekan koboi..ramai org akan turun ke pekan membawa senapang tuk renew lesen. Di pendekkan cerita…

ada 3 org kwn, juga membawa senapang diurang pigi renew lesen. selepas renew lesen…2 org kawan tadi mengajak kawan yg seorang lagi tu pigi tingok wayang… dan ini PERTAMA KALI dia pi tinguk wayang. tayang pada hari itu ialah cerita koboi…si kawan yg pertama kali tingok wayang ni begitu suka dgn pelakon starring kerana dia begitu campin menembak…tembakan dia tepat, naik kuda sambil menembak, timbak dgn 2 pistol, 10 penjahat dia satu org lawan, dia begitu kagum dgn pelakon starring tersebut…

di pertengahan adegan…si starring tertidur bersandar di sebuah pokok yg besar…tiba2 ada 2 org penjahat dgn pisau di tangan perlahan-lahan melangkah ke arah starring tadi…si starring masi lagi tidur…si kawan ini tidak tenteram sudah…bangun! bangun! dia berbisik mau kasi bangun starring tapi dia masi lagi tidur. si penjahat makin hampir…si penjahat mengangkat pisau mau menikam strarring tersebut tiba-tiba…BANG!BANG! BANG! kedengaran bunyi tembak dlm panggung wayang…semua org penik lari lintang pukang…rupa2nya si org kampong tadi yang timbak tu skrin tu wayang. dia pun di tangkap, di bawa ke balai tuk soal siasat…Polis1: kenapa ko tembak? dia masi diam…Polis2: jawab…kanapa ko tembak…Penembak: tuan…salah ka saya tulung starring?